Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Persatuan Pemandu Pelancong Mutiara merupakan sebuah persatuan berdaftar khas untuk Pemandu Pelancong di Negeri Pulau Pinang. Persatuan ini telah didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 pada 18hb Januari 2016 dengan nombor pendaftaran PPM-008-07-18012016. Persatuan ini berdaftar di alamat No. 26, Tingkat 1, Jalan Sembilang 2, 13700 Bandar Seberang Jaya Pulau Pinang.

Ahli-ahli Persatuan Pemandu Pelancong Mutiara ini adalah terdiri daripada warga Negara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang memiliki lesen pemandu pelancong yang sah serta bermastautin didalam Negeri Pulau Pinang. Melalui persatuan ini ahli-ahli akan memperolehi maklumat dan kemas kini mengenai isu berkaitan panduan, penyenaraian acara utama, pembukaan tapak pelancongan baharu dan isu pelancongan semasa.

Persatuan Pemandu Pelancong Mutiara bekerjasama dengan kebanyakan organisasi pelancongan di Pulau Pinang dan Malaysia, seperti dengan Kementerian Pelancongan Malaysia, Pelancongan Negeri Pulau Pinang, pertubuhan berkaitan pelancongan dan pertubuhan bukan kerajaan yang memperlukan perkhidmatan berkaitan pelancongan yang disediakan oleh pihak persatuan.

Misi dan Visi Persatuan Pemandu Pelancong Mutiara ialah Menyediakan Perkhidmatan Yang Terbaik Bagi Memuaskan Hati Pelanggan, Menawarkan Perkhidmatan Yang Berkualiti Dengan Harga Yang Berpatutan, Memberi Perkhidmatan Dan Layanan Mesra Dan Terbaik Untuk Pelanggan.